Kalau anda adalah seorang gamer yang sejati, sudah tentu anda tahu di mana nak beli game secara online. Saya berkata ‘gamer sejati’ sebab golongan inilah yang rajin membeli game-game yang ori. Golongan ini jugalah yang akan bantu industri permainan elektronik di negara kita ni dari kematian akibat lanun yang semakin berleluasa.
Kalau anda bukan gamer sejati, kemungkinan anda tidak tahu kedai-kedai Malaysia yang jual game secara online tapi tahu di mana kedai lanun. So di sini saya akan tunjukkan 3 laman web dari Malaysia yang selalu saya lawati dan usya harga game-game terbaru.
Saya pernah membeli permainan komputer secara online di The Software Boutique (TSB). Game tersebut adalah Need For Speed Carbon. Berdasarkan pengalaman itu, saya dapat jamin bahawa urusniaga laman web ini adalah selamat. Anda hanya perlu mendaftar dahulu sebelum membeli. Pendaftaran adalah percuma.
Bilangan game juga merangkumi semua konsol (PS3, XBox 360 & Wii) dan juga PC. Perkakasan seperti joystick dan keyboard juga ada dijual. TSB menggunakan sistem mata ganjaran di mana anda boleh gunakannya kemudian untuk dapatkan diskaun belian seterusnya.
TSB juga adalah pengedar rasmi Electronic Arts (EA). Jadi, promosi harga istimewa untuk game-geame keluaran EA kadang-kala hanya boleh didapati di TSB.
PCgame.com.my adalah antara laman web jualan game yang terawal di Malaysia. Boleh dikatakan otai juga la. Seperti TSB, PCgame.com.my juga menggunakan sistem mata ganjaran di mana adan mendapat bagi setiap ringgit yang anda belanjakan. Tidak terhad kepada perisian, laman web ini juga menjual ada perkakasan. Namun begitu, laman web ini hanya terhad kepada permainan komputer sahaja.
Oleh itu, laman web consolegame.com.my dan macgame.com.my dibina untuk pengguna-pengguna konsol dan Mac. Baru-baru ini, segala urusan jual beli di PCgame.com.my dan sekutu-sekutunya telah diambil alih oleh YouBeli.com.
Jika anda ingin membeli game-game terpakai, forum game di LYN mungkin pilihan terbaik. Di sini ada ramai pengguna-pengguna yang menjual semula game-game mereka dengan harga yang berpatutan. Anda juga boleh tawar-menawar harga dengan mereka.
Bukan itu sahaja, di LYN juga ada kedai-kedai game yang tidak punyai website sendiri, menjual game dan perkakasan. Selain harga yang murah, kedai-kedai di sini juga sentiasa up-to-date dengan perkembangan semasa dunia game. Contohnya walaupun PS3 Slim masih belum dilancarkan secara rasmi, di LYN sudah ada yang mula menjual.
Cuma isunya adalah keselamatan. Ini kerana anda berurusan dengan orang perseorangan. Penipuan boleh berlaku jadi berhati-hati.
Laman-laman web lain?
Ada banyak lagi laman web lain seperti Lelong.com.my dan mudah.my tapi pilihan mungkin tidak banyak seperti laman-laman web di atas. Jika anda tahu ada lagi laman web Malaysia yang jual game, anda boleh kongsi di sini.
Oh, ketiga-tiga laman web di atas menjual game-game dan perkakasan ori sahaja. Tiada sebarang lanun terlibat.
Comments
[...] This post was mentioned on Twitter by MalayaGamers. MalayaGamers said: Di Mana Nak Beli Game Secara Online? http://bit.ly/riezX [...]
web ni tak kenal kan download on9 ker??hehehe
kan dia dah cakap “Gamer sejati” tu wahai roslan nazri.. kalau kaki sedut torrent, x masuk dalam kategori tu.. wahahaha…
tapi aku lagi suka pergi galaxy ampang, beli je mana2 game yang nak main.. RM10 hengget je 1 DVD.. berbaloi2.. hahahaha..
xde maknanya kita beli ori, kita support industi permainan malaysia wahai cik aman.. bila plak malaysia ada buat game (kalau ada pun, x best dan x nak main).. huhuhuhu…
Roslan > erk…download on9 kene cari sendiri bro..warez bersepah haa..hehe
Khai > Malaysia xde buat game sendiri, tapi salah satu game racing best penah wujud iaitu Grid ada menggunakan tenaga kerja Melayu..
Spattz > Grid dan Dirt 2..Siap ada bendera dan track dalam hutan Malaysia lagi..fuyoo..
Wah En Amanz.. tak sangkat ada kedai online jual ori games.. cambest gak.. nanti boleh usha.. =)
yaa … jom beli ori ..
aku setuju, gamers sejati akan beli original. aku dulu beli yg lanun gk,
tp tu sebelum aku dpt keje. duit pn guna utk blaja, mkn sumer jer. skrg dh keje, aku rasa RM160+ utk sebijik game 360 tu xde masalah and sgtlah berbaloi.
Yang aku betul2 x paham, ader yg ader keje gaji 3k tp still beli konsol n game lanun. x paham aku. kalo gaji aku 3k++, aku dh leh beli game 360 limited edition tanpa pk 2-3 kali.
p/s: Modern Warfare 2 nnt ader Prestige Edition weh. dpt night vision goggle. ada brani? haha
nak tanyer skit klau cd ps3 yg bkn ori ad jual x kat kdai? harge ye brape ek?
PS3 suma game dia original shja
yang tak ori pon RM100. baik beli yang ori, lebih kepuasan
tlg la anak aku dah gile nak main game kat sini……cam ne nak beli secara on line.? tlg tunjukan cara2 nak beli….bro
susah la nk cari pc game sally studio&time management game yg lain