FIFA 10 vs PES 2010 – Mana Satu Pilihan Anda?

FIFA vs PES

Bulan Oktober ini menyaksikan pelancaran dua permainan bola sepak yang diminati ramai, iaitu FIFA 10 daripada EA Sports dan juga Pro Evolution Soccer 2010 daripada Konami Computer Entertainment. Kedua-duanya mempunyai peminatnya dan kekuatan permainannya yang tersendiri. Kedua-duanya juga boleh dimainkan di platform PC, PlayStation 3 dan juga XBOx 360, selain sokongan kepada beberapa konsol yang lain, termasuk telefon bimbit.

Kami di MalayaGamers, masih belum berkesempatan untuk mencuba demo kedua-dua permainan ini. FIFA 10 dijangka dilepaskan secara berperingkat ke seluruh dunia mulai daripada 1 Oktober 2009 tempoh hari, manakala PES 2010 dijangka akan dilepaskan pada 23 Oktober 2009. Apa yang menariknya, hari ini, kami di MalayaGamers terjumpa sebuah video menarik di YouTube yang membuat perbandingan kedua-dua permainan ini. Video tersebut lebih menjurus kepada FIFA 10, namun masih menarik untuk ditonton.

Sebelum ini, PES dikatakan membawakan kawalan permainan yang lebih realistik berbanding dengan FIFA 10, dan melalui PES 2010, Konami membawakan grafik yang dipertingkatkan berbanding sebelumnya. Namun begitu, permainan FIFA daripada EA Sports pula membawakan grafik dan kebolehan beraksi yang lebih menarik daripada PES. Ianya masih menjadi dilema para pemain untuk memilih antara dua-dua permainan ini.

Jadi, buat pembaca MalayaGamers, apakah pilihan permainan bola sepak anda?

Comments

aku akan main 2-2 game ni.em fifa lifestyle game dia masih mengecewekan.pes mmg real life.jaringan gol mmg berbeze dan logik akal.fifa? Huhu xbst.grafik better pes sbb ada patch update.

posted by Roslan Nazri on 10.08.09 at 8:09 pm

Kalau aku..aku lebih prefer PES.. tak taulah ramai sgt orang main PES berbanding FIFA.. kat kampus aku.. klu ada wat game competition.. xde nya diorang wat FIFA.. setiap tahun still wat PES..

Salah satu sebab grafik dan gaya teknik gelecek seakan2 betul…

posted by Putera on 10.08.09 at 8:13 pm

sudah semestinya aku memilih PES game terbaik yang pernah aku main dengan menggunakan kayuria. haha

posted by mohdisa on 10.08.09 at 8:20 pm

PES game bola terbaik atas bumi…aku dah test demo pes 2010 dan memang still terbaikkk…

posted by EiNS on 10.08.09 at 9:05 pm

men dua2. ape kate amanz ko bg adios sebuah pc rege 4k tuk pengkomen terbanyak tiap bulan. akoo nk menang sbb nk men gamessss!

posted by Sweet Gamers on 10.08.09 at 9:31 pm

Huhu. Nanti aku cuba bincang dengan otai2 tertinggi. Wahahaha.

posted by Aman on 10.08.09 at 9:43 pm

woah, 4k?huhu
baik bagi konsol, murah sket.. :P

posted by Spatt on 10.09.09 at 8:47 am

bagi aku fifa tetap yg terbaik kerana semua team2 utama ada dalam fifa. berbeza dgn pes yg mana tiada kelab2 utama epl. fifa 10 membawa perubahan yg realistik dgn kawalan 360 darjh berbanding dgn prgerakan 8 arah dalam versi fifa sblum ini. skill2 baru juga ditambah dgn lebih menarik dan realistik. go fifa!!

posted by Ketuacc on 10.10.09 at 4:02 am

Fifa aku tak berapa suka la, PES lg best… tapi abang aku suka main fifa. kadang2 berebut juga nak main mana satu ahahaha…

posted by Kobot on 10.11.09 at 2:06 pm

Aku main fifa sejak 98 sampai tahun 2004……pastu satu kawan aku tegur aku “kenape game bola ko mcm kartun”…..pastu baru aku sedar yang sebenarnya fifa ni mmg cam katun. Aku mula bertukar main pes/win 11.
First main trus mlekat sampai skrang. korang yang main pes 09 pakai setting medium jgan harap le nak main setting medium kat pes10. Grafik tinggi gilusss. Aku main low pun sangkut2

posted by Ahmad on 10.13.09 at 4:47 pm

Aku dah main FIFA10 …
payah betul setting dia ..
dah berlatih sejam dua baru paham

tp masih tetap kalah dgn MU walaopun dah 3 kali lawan .. apsal dia buat MU kuat sgt ..
damn!

bagi aku, grafik FIFA10 masih byk perlu improve dibandingkan dgn PES ..

posted by hydir on 10.14.09 at 9:42 am

FIFA ni x tetap pendirian. Suka ubah2 controller setiap keluaran.

Aku suke PES tapi klo manager aku bahan FIFA gak :D

posted by Adney on 10.20.09 at 11:49 am

fifa lagi ok doe
ade comentator martin tyler ,sbiik mcm tgk kat epl ,crowd bagus ,gameplay pun lebih kurang cam pes je
pes 10 tak ade ,n tak sume kelab dia ade .
rase skit feeling maen bola dia
lgpun aku main kat ps3 not bad what
kalo main kat ps2 mmg la hancus gameplay dia ,dah season beb
tp aku main kat ps3 ok je.

posted by miroru on 10.20.09 at 8:46 pm

klau aku mstilh PES sbb die punye grafik real….Drpd FIFA ngarut tk brtmpt… PES tIp tOP bOhH……..
jAnGaN luPE uNDILaH PESSSSSS…!!!!!

posted by azri on 10.25.09 at 3:08 pm

tgk blk kat youtube ,mat salleh sume ske fifa .
sbb dorg tau suasana tgk bola kat epl sbiji cam kat dlm fifa

posted by koidekuchi13 on 11.05.09 at 5:57 pm

sebab org jepun buat game mmg best
tgk lah mcm game devil may cry ,metal gear solid ,final fantasy ,shadow of memories ,gran turismo ,dorg buat sume detail .graphic msti power

posted by ruki on 11.05.09 at 6:02 pm

bagi aku PES mmg terbaik,walaupun kelab x byk mcm FIFA,tp sume kelab2 utama ada,kelab2 bwhan tu xde pun xper,sape nk main pun kan..grafik dan kawalan bola mmg real,berbanding FIFA mcm kartun n kawalan yg x best…

posted by DaniCOF07 on 11.14.09 at 12:30 am

sampai skunk aku sukakan pes..tp hati aku tetap ngan fifa..ake rase taktikal dalam padang fifa lebih real..pes suka sangat buat pergerakan suke ati die jer..cntoh passing ball..fifa lbih ikut arahan berbanding pes yg hantar bola suke ati die jer..fedup tol aku ngan pes..ak pelik ngape org suke sgt ngn pes

posted by pandazemo on 11.15.09 at 4:14 pm

Kenapa PES 2010 untuk PS2 takde keluarannya..??? I vote Winning Eleven(PES)…FIFA10 popular di Barat…PES2010 popular di Asia…FIFA terlampau senang untuk jaringkan gol…PES perlukan strategi yang betul untuk jaringkan gol…apa-apa pun FIFA98 lah bermulanya gamers2 main game bola…thank to all games creater in the world…my vote is PES(Winning Eleven)!!!!

posted by Lampard_8 on 11.16.09 at 2:08 pm

GAMES PALING BEST!

posted by ABDUL ALIM BIN SAID on 11.16.09 at 4:28 pm

Aku main PES2010 best juga..Selama ni aku asik main fifa jer…sampai kengkawan aku cakap, ” Kenapa kau suka main benda x realiastik”..sekarang aku dah insaf dan mula beli start beli cd pirates PES2010 rm20…Perghhh.,,graphik best giler..macam real..,Gerrad punya muka..sepakan padu maut dia real…aku mula main benda ni sampai satu hari tu aku x sangka aku x keluar rumah satu hari.

P/S : Kenapa peminat FIFA, insafla…Bertukar sekarang

posted by islamicronaldo on 11.18.09 at 3:48 pm

aku ebih suka PES sebab gambar dia cam real tapi gamba fifa berkotak2

posted by ronaldo on 11.20.09 at 5:01 pm

cuma pes xdpt full licenses je x same gan fifa walau ade patch,comentary kurang skit dari fifa tapi grafik pes la terbaik. ape2 hal2 kedua gameni aku layan

posted by zahed on 11.23.09 at 9:23 pm

cam ne nak update kelab EPL & bundesliga Winning Eleven 2010-ps3

posted by lidaha on 12.07.09 at 11:07 am

mesti pilih pes..
dulu time zaman batu..
tahun 98..ak layan fifa..
smpi la budak2 ni ajak ak layan pes time skola men..
trus ak ske pes..
grafik pn lagi ok bile men kat laptop ni..huhu

posted by a1zudd1n on 12.16.09 at 7:33 pm

dlu2 aku men fifa 2000 – fifa 2009…..

skang nie.. hehe.. PES 2010…
grafik baek, tpi yg kureng nyer pes nie,, pergerakkan still lagi kaku mase replay.. pastu, strip still not original…

posted by gamers timor on 12.21.09 at 2:24 pm

pening..pening..pening…kenapa ramai yg suka pes??? mengarut… aku rasa SEMUA TU bukan peminat sejati bola sepak… aku dah start main games dari form 2 (1997) dan yg aku tau cuma satu FIFA 97.. sejak tu stay dgn FIFA..ada jugak aku tukar PES..tp sayang byk benda aku tak puas hati dari start pengulas,control sampai padang semua kaku…dan yg penting sekali nama pasukan nampak mcm bodoh..tak real bohh..jd mainlah yg ada lesen FIFA,FIPRO, dan yg penting pengalaman… FIFA EASPORTS adalah pencetus fenomena games bola di dunia..jd takde sebab cakap fifa tak menarik…SALAH TU..CTH tgk FIFA 09 DAN LATEST FIFA 10… pehh mcm org betull…realistik dan fantastik…

posted by masterpiece83 on 12.21.09 at 9:38 pm

aku suke we/pes sebab die ade soul. fifa kosong! dari segi gameplay we/pes terbaik. kite ade full control kat team kite dr segi formation, strategi n tactic, main ikut care kite la. boleh score goal yg kite sendiri tak jangka…star player punye karakter same ngan real life person. cth messi, cara die gelecek lari same mcm messi sebijik. kelemahan – animation sedikit kaku n takde full lesen utk kelab epl. aku main we/pes baru lg sejak 2001, sebelum tu main fifa94 96 97 rtwc98.

posted by manman on 12.22.09 at 8:10 am

AIYOO BUKAN SEDIKIT KAKU TAPI CAM ROBOT PERGERAKAN FUH LAJU KLU RONALDO LAK CAM KERETA KEBAL KLU ADA ORG DIA BLEH REMPUH CAM 2 JE HAHA CAM 2 REAL KE SATU LAGI AKU TGK KEPER DIA CAM ADA SATU PERGERAKAN JEE.

posted by YUSDRAGON on 12.29.09 at 11:13 am

Kepada peminat FIFA, beralih lah…. PES ni aku dah start main dari mula. Dulu main FIFA juga sampai jadi champ kat tournament (1998). Tapi bila start main PES, bermula siri PES 3, keseronokan dribble dan shoot ditambah dengan real pyhsics dan momentum bola tu, ternyata PES tiada tandingan. Serious lah, FIFA bab kosmetik A+ lah.KOrang akan cakap pasal komentatorlah , tiang bendera, tiang gol. Tapi PES dah catchup. Yang penting dalam bola ni cara pergerakan pemain dan momentum bola tu bila dibanding dengan bola sebenar. Korang yang bising2 FIFA best tu memang buta tuli loyal fan tak kena tempat. FIFA = perempuan cantik tak reti masak. PES = perempuan sederhana cun tapi masak best giler…

posted by Macho-X on 12.29.09 at 3:10 pm

fifa neh aku start main dari fifa 2000 smpai la fifa 10… dr segi graphic mmg ada sdikit peningkatan kalo nk bndingkn dari PES yg graphic diowg mmg gmpaxx.. PES lak aku start main sejak dri zaman PSOne, WE 7… mmg aku tgk peningkatan dari segi graphic, gameplay mmg meningkat mendadak giler.. smpai tiang bendera bergrak kena tiup angin pon kite leh tgk.. mmg detail giler laa…. kalo nk edit player/club mmg bnyak choice dr FIFA… tp dlam PES2010 neh Man Utd kuat giler… smpai aku amek BARCA pown kena 2-0.. siall….

posted by epy on 12.29.09 at 10:20 pm

Looks like FIFA10 winning this year kids.. Face it. It doesnt look much different then previous PES/WE in terms of gameplay and player movement. A bit disappointed the creators (KONAMI) didnt put much effort to compete with FIFA (EA GAMES). Hopefully they will improve it in – WE2011 or PES11. Gua vote for FIFA10!!..

posted by lola on 01.07.10 at 2:55 am

bile men FIFA jek aku da melolong2 dah .. fizik die gilebabas … handball ade ..langga ade …. asal cuit pun da tegolek2 … mau tunjal dahi pun boleh tu .. hahaha … player plak mcm berat gile je lari…. tp dgn WIN11/PES pehh sempoiii laju jekkk .. xde berat sgt otak nak men … yela blik keje na men bg release tensen bkan lg tensen kan kan kan … hahaha .. tp 2,2 okla ade pro ngn con die …

posted by ted on 01.18.10 at 1:46 pm

PES better. FIFA2010 lagi teruk dari FIFA09. walaupun saya dari kecik memang kakai FIFA. Mintak maaf FIFA, sekarang saya dah beralih ke PES~

posted by JHafiz on 03.12.10 at 5:39 am

Senang cakap camni la, kite men game ni bukan nak jadi fanboy atau fanatik lebih2. Kite beli pun sume cap lanun punya dvd, jadi men la dua2 game ni x rugi pun. Aku men dua2 game ni dari aku kecik lg. Tp klau nak tanya pasal comparisson, aku akan cakap PES lah yang terbaik. Sebabnya hanya satu, REALISTIK GAMEPLAY! Aku ulang balik.. REALISTIK GAMEPLAY! Gameplay dan Graphic adalah dua perkara yang jauh berbeza, so tolong jangan campur adukan. Macho-x dah ceritakan segala-galanya, dan memang betul pun apa yang dia cakap tu. Apa pun oleh kerana sukan bolasepak adalah sukan terbaik, maka kesemua game yang berasakan bolasepak adalah terbaik termasuklah virtual striker sekalipun! OLE!!!

posted by wabwas on 06.09.10 at 3:20 pm

PES10=Grafik ada kurang ckit, tp gol-gol yg dihasilkan mcm betul
FIFA10=mempunyai grafik yg baik, gol2 yg dihasilkan mcm kartun

posted by wak on 06.29.10 at 12:21 pm

Leave a comment