
Seperti sebelum ini, Blizzard bakal mendatangkan permainan StarCraft II : Wings of Liberty untuk versi MAC Os bersama-sama dengan versi PC dalam DVD pemasangan permainan tersebut, membolehkan kedua-dua pengguna sistem operasi menikmati permainan strategi yang amat diminati ramai itu.
StarCraft 2 kelak akan membawakan pelbagai perkara baru, selain kemaskini kepada epik Protoss, Terran dan Zerg yang sedia diketahui ramai, dimana ketiga-tiga suku kaum yang kuat ini bersaing antara satu sama lain dalam mempertahankan wilayah masing-masing. StarCraft pernah dikenali sebagai permainan strategi masa-nyata yang amat menarik sekali, dimana para peminat permainan strategi mesti pernah memainkan permainan ini, dan versi terbaru permainan ini kelak dijangka bakal meletup lagi berbanding yang sebelumnya.
Comments
bagus2… tak sabar nak guna kat mac os x ni… huhu…