
Setelah sekian lama dinantikan, para peminat StarCraft II sudah boleh mencuba terlebih dahulu permainan strategi yang diminati ramai itu, dengan mencuba versi Beta yang dilancarkan oleh pihak Blizzard baru-baru ini.
Walaubagaimanapun, ianya masih dalam keadaan beta tertutup, dan hanya pemain yang terpilih sahaja mendapat jemputan untuk mencuba terlebih dahulu permainan ini. Buat masa ini, saya masih lagi belum mendapat jemputan untuk mencuba permainan ini, dan masih tidak dapat lagi merasai pelbagai perkara baru yang dibawakan oleh StarCraft 2 ini. Namun begitu, berdasarkan beberapa ulasan awal yang mula kelihatan di internet, ianya kelihatan seperti StarCraft 2 adalah suatu permainan yang amat menarik sekali, dan patut dimainkan oleh kesemua peminat permainan strategi.
Ianya dijangka yang mana StarCraft 2 bakal dilepaskan kepada umum pada pertengahan tahun ini. Sama-sama kita nantikannya.
Comments
mmg ditunggu2 tuh!!!huhu
ngehehe, korang smue daa tengok ‘thor’? unit baru dalam terran, macho habis!
antara game Blizzard yang best selain daripada Diablo dan Warcraft ..
tp lama betul diorang develop game ni .. tunggu je la
[...] 2 telah pun dinanti-nanti oleh para pemain sejak lama dulu lagi. Kini, setelah melepaskan versi Beta StarCraft 2, ianya dijangkakan yang mana, versi penuh bakal boleh dimainkan oleh para pemain selewatnya pada [...]
[...] Salam weh. Baru-baru ni En Aman tulis berkenaan StarCraft 2 yang akan dilepaskan 5 bulan lagi. Tapi versi beta dah pun dilepaskan tapi untuk orang tertentu sahaja. [...]