
Ingatkah lagi anda dengan permainan bercirikan strategi, Civilization yang mana pernah dibangunkan oleh Sid Meier pada tahun 1991. Kini, permainan yang popular suatu ketika dahulu ini sedang dibangunkan untuk Facebook, dan dijangka akan menemui para pengguna pada tahun 2010 kelak.
Permainan ini yang mana bakal dikenali sebagai Civilization Network pada Facebook, bakal menggunakan konsep seperti permainan lain di Facebook, iaitu percuma untuk dimainkan. Buat masa ini, sebuah halaman khas telah pun disediakan di Facebook untuk membolehkan para pengguna mengikuti perkembangan semasa pembangunan permainan tersebut.
Mungkin bagi para pemain gamers yang baru, anda tidak pernah dengar akan permainan Civilization ini, tetapi ianya merupakan salah satu permainan menarik yang pernah dicipta suatu ketika dahulu. Civilization Network kelak akan membolehkan anda bekerjasama bersama-sama dengan rakan anda untuk membina sebuah tamadun yang kaya, berkuasa, dan bijak diantara tamadun yang lain. Sama-sama kita nantikan permainan ini yang akan diperkenalkan pada tahun 2010 kelak.
Comments
game paling best zaman dulu2 adalah Super Mario.. ^-^
contra nyer..haha