Mercedes SLS AMG Dijadikan Muka Depan Kotak Gran Turismo 5
Penantian adalah satu penyeksaan. Mungkin hanya peminat Gran Turismo 5 (GT5) sahaja yang tahu bagaimana rasanya menunggu game ini dilancarkan. Diperkenalkan buat pertama kali di E3 2006, GT5 akan perkenalkan fungsi berlumba secara online buat pertama kali dalam franchise GT.