Review: DiRT 2 (PC)
Tidak banyak game perlumbaaan yang best untuk PC tahun ini. Aku hanya bermain NFS: SHIFT sahaja kerana ia adalah satu-satunya game lumba yang best untuk PC tahun ini, sehinggalah DiRT dilancarkan. Berbanding dengan versi konsol yang dilancarkan lebih awal, versi PC dilewatkan sedikit pelancarannya kerana Codemaster ingin mengubahsuai game ini untuk DirectX 11. Oleh itu, game ini adalah sesuai untuk korang test kapabiliti DirectX 11, itu pun kalau korang ada kad grafik yang sesuai.