Ninja Blade Versi PC Bakal Di Lepaskan Bulan Hadapan

Ninja Blade

Ninja Blade merupakan permainan aksi yang dibangunkan oleh From Software dan dilepaskan hanya untuk XBox 360 sahaja. Walaubagaimanapun, kini, Studio ND Games dari Russia sedang dalam proses mengubahnya kepada versi PC, dan dijangka akan dilepaskan pada bulan hadapan.

Ninja Blade mengisahkan dimana pada tahun 2010, sebuah perkampungan kecil diserang oleh beberapa makhluk yang tidak dikenali, dan mangsa-mangsa yang terselamat daripada serangan tersebut telah dibawa ke sebuah pusat kajian untuk dilakukan ujian yang berkaitan. Melalui kajian yang dilakukan pada mereka, mereka dikenal pasti membawa sebuah virus yang dipanggil Alpha-Worm.

Virus tersebut akhirnya memakan diri pesakit tersebut, dimana mereka hilang kawalan dan mula menyerang para saintis di sana. Untuk mengawal perkara tersebut, tentera telah diarahkan untuk membersihkan kawasan tersebut, dan menjadikan Alpha-Worm sebuah rahsia kerajaan.

Permainan ini menerima pelbagai ulasan dan kritikan ketika dilancarkan pada bulan April yang lalu, malah pernah mendapat anugerah Game of the Month pada bulan Jun 2009 daripada GamePro. Kini, ianya sedang dibangunkan untuk versi PC, dan dijangka akan dilepaskan dalam tempoh masa sebulan lagi, iaitu pada Oktober 2009. Sama-sama kita nantikannya.

Leave a comment