PlayStation Move Di Malaysia Menjelang Pertengahan September
Ingatkah lagi anda dengan PlayStation Move? Kini ianya diperkatakan yang mana Sony bakal memperkenalkan PlayStation Move untuk PlayStation 3 di Malaysia pada minggu hadapan.
Ingatkah lagi anda dengan PlayStation Move? Kini ianya diperkatakan yang mana Sony bakal memperkenalkan PlayStation Move untuk PlayStation 3 di Malaysia pada minggu hadapan.
Setelah memperkenalkan StarCraft 2, kini Blizzard dalam perancangan terakhir untuk memperkenalkan permainan aksi yang diminati ramai, iaitu Diablo 3. Kini, di Gamescom 2010 yang sedang berlangsung, Blizzard mengambil peluang untuk memperlihatkan permainan Diablo 3 mereka sebelum ianya dilepaskan kepada para pengguna umum.
Bagi para peminat permainan simulasi kapal terbang daripada Microsoft, kini mungkin anda boleh bergembira kembali kerana Microsoft bakal memperkenalkan permainan simulasi kapal terbang terbaru dengan nama Microsoft Flight tidak lama lagi.
Kepada peminat game perlumbaan rally, Codemaster baru-baru ini menunjukkan trailer pertama DiRT 3. Tiada klip gameplay ditunjukkan. Video hanya memaparkan sebuah Ford Fiesta sedang berlumba merentasi pelbagai jenis cuaca memintas beberapa kereta lain dan melakukan drift di bawah sebuah trailer.
Setelah lama dinantikan, kini StarCraft II : Wings of Liberty bakal dilancarkan di seluruh dunia pada 27 Julai 2010, dan menariknya beberapa kedai permainan telah menyatakan hasrat yang mana mereka akan membuka kedai mereka pada tengah malam tersebut untuk menyambut ketibaan permainan strategi yang dinantikan oleh kesemua peminatnya di seluruh dunia.
Permainan bola sepak popular daripada EA Sports, FIFA 11 dijangka akan menemui para pemain seawal pertengahan bulan Oktober apabila dilihat daripada siri FIFA daripda EA Sports yang sering dilepaskan pada pertengahan bulan Oktober sebelum-sebelum ini.
Microsoft memulakan sidang media pada hari pembukaan E3 dengan memperkenalkan nama baru Project Natal iaitu Kinect untuk Xbox 360. Beberapa game untuk Kinect juga diperkenalkan. Kinect Sports, Kinectimals, Joy Ride dan Dance Central adalah antara demo game yang ditunjukkan menggunakan Kinect. Hampir kesemua game Kinect yang ditunjukkan adalah bercorak party games untuk keluarga ataupun casual [...]
Setelah dinantikan sekian lama, sejak 2009, kini Sony memberikan tarikh pasti untuk pelepasan Gran Turismo 5 yang mana dijangka akan mula dijual mulai awal bulan November kelak. Selain daripada itu, Gran Turismo 5 juga akan membawakan sokongan tiga dimensi kedalam permainannya itu.
Bagi para peminat permainan Silent Hill, anda mungkin gembira, kerana kini Konami telah mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan permainan terbaru siri Silent Hill pada tahun hadapan, 2011. Buat masa ini, ianya masih lagi belum mempunyai nama rasmi, dan akan dibangunkan untuk kedua-dua konsol permainan popular, iaitu PlayStation 3 dan juga XBox 360.
Permainan lumba kereta yang amat diminati ramai, Need For Speed kembali mengegarkan dunia permainan perlumbaan, apabila kini mereka memberi perhatian semula kepada versi-versi terdahulu permainan mereka, dan di E3, mereka memperlihatkan Need for Speed : Hot Pursuit yang mana diberi nafas baru oleh Studio Criterion.
Hype Project Natal memang hebat beb. Bayangkan la korang main game tanpa kontroller dan gunakan gerak tubuh sahaja. Microsoft sudah pun ada tunjukkan video preview perkakasan ni. Dalam video tuh semuanya nampak hebat dan kool. Tapi kita kena fikir, pemain-pemain dalam video promo tuh adalah pelakon je.
Sempena ulangtahun ke-30 Pac-Man, Google telah mengubah muka hadapan enjin pencarinya dengan meletakkan game Pac-Man. Yang bestnye korang boleh main game tu siap dengan bunyi!